FPT Dinobatkan Sebagai Pemenang Anugerah “Microsoft Malaysia Partner of the Year 2026”


FPT Dinobatkan Sebagai Pemenang Anugerah “Microsoft Malaysia Partner of the Year 2026” (ANTARA/Business Wire)

Kuala Lumpur, Malaysia--(ANTARA/Business Wire)-- Hari ini, FPT mengumumkan bahawa syarikat itu telah memenangi Microsoft Malaysia Partner of the Year Award 2026.  Pengiktirafan ini diberikan atas kecemerlangan FPT dalam inovasi dan pelaksanaan penyelesaian pelanggan berasaskan teknologi Microsoft, sekali gus meletakkan syarikat itu dalam kalangan rakan kongsi Microsoft terkemuka di seluruh dunia.

“Pengiktirafan ini di Malaysia mencerminkan momentum yang semakin meningkat dalam kerjasama FPT dengan Microsoft, yang telah melangkaui pasaran individu untuk menyokong transformasi AI dalam kalangan perusahaan di seluruh Asia dan dunia. Fasa seterusnya AI akan ditentukan oleh sejauh mana organisasi boleh bergerak daripada sekadar mengadaptasi teknologi menjadi kepada mereka bentuk semula cara mereka beroperasi, berinovasi dan mencipta nilai. Bersama-sama, kami berhasrat untuk mengubah perubahan itu kepada model operasi baru, hasil yang boleh diukur dan pertumbuhan mampan untuk syarikat berskala besar”, kata Frank Bignone selaku wakil Presiden Senior sekaligus Ketua Bidang Strategi & Pertumbuhan Korporat di FPT Software, FPT Corporation.

Microsoft Partner of the Year Awards diberikan kepada rakan kongsi yang memberikan hasil luar biasa kepada pelanggan melalui Microsoft Cloud, AI, perkhidmatan dan peranti. Pemenang dan finalis tahun ini dipilih daripada lebih 4,500 pencalonan yang dihantar dari seluruh dunia merangkumi pelbagai kategori dan wilayah geografi. FPT dinobatkan kerana penyediaan penyelesaian dan perkhidmatan yang luar biasa di Malaysia.

Anugerah ini menonjolkan peranan FPT dalam membantu syarikat bergerak melangkaui sekadar penerimaan Cloud dan AI ke arah transformasi perniagaan yang lebih luas. Seiring dengan semakin banyaknya organisasi yang menerapkan cara kerja berasaskan AI, FPT terus menyokong evolusi mereka ke arah “Frontier Firm”, di mana teknologi boleh mendorong ketangkasan dan nilai jangka panjang yang lebih tinggi.

Pencapaian ini merupakan kesinambungan daripada perkongsian strategik yang lebih luas antara FPT dan Microsoft. Pada bulan Jun 2026, kedua-dua syarikat telah memperluaskan kerjasama mereka untuk memajukan inovasi AI Frontier di seluruh Asia. Pendekatan ini juga diintegrasikan ke dalam model pelaksanaan FPT melalui FPT Digital Foundry™, yang menggabungkan AI berasaskan ejen yang diurus dengan pendekatan pelaksanaan berorientasikan hasil bagi mengubah teknologi baharu kepada impak perniagaan yang boleh diukur.

Perkongsian FPT dengan Microsoft telah terjalin sejak tahun 1990-an. Perkongsian ini pada mulanya memfokuskan kepada sistem sektor awam dalam bidang percukaian, kastam, penjagaan kesihatan dan e-kerajaan, dan kemudian berkembang menjadi pemodenan perusahaan berskala besar. Hari ini, FPT mempunyai lebih daripada 3.000 jurutera yang diperakui Microsoft, dengan kepakaran yang merangkumi AI, pembelajaran mesin dan keselamatan dalam Microsoft Azure.

“Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan finalis Microsoft Partner of the Year Awards 2026”, kata Nicole Dezen selaku Chief Partner Officer sekaligus wakil Presiden Korporat di Microsoft. “Penerima tahun ini memanfaatkan kuasa Microsoft Cloud dan AI untuk menyampaikan penyelesaian transformasi, mempercepatkan kejayaan pelanggan dan meluaskan sempadan kemungkinan. Kecerdasan dan impak yang mereka cipta memberi inspirasi kepada kami, sekaligus menunjukkan apa yang boleh dicapai apabila visi berani dan teknologi bergabung untuk memperkasakan organisasi di seluruh dunia”.

Microsoft Partner of the Year Awards 2026 telah diumumkan menjelang acara Microsoft Ignite, yang akan diadakan di San Francisco pada 17–20 November. Maklumat lanjut mengenai anugerah tahun 2026 ini boleh didapati di blog Microsoft Partner: https://aka.ms/2026POTYA_Announcement. Senarai penuh kategori, pemenang dan finalis boleh didapati di https://aka.ms/2026POTYA.

Mengenai FPT

FPT Corporation (FPT) adalah sebuah syarikat penyedia layanan teknologi dan IT terkemuka di dunia yang beribu pejabat di Vietnam. Syarikat ini beroperasi di lebih daripada 30 negara dan wilayah. Selama hampir empat dekad, FPT secara konsisten telah menyediakan penyelesaian terbaik kepada jutaan individu dan puluhan ribu organisasi di seluruh dunia. Dengan fokus yang kuat pada penguasaan teknologi strategik, FPT terus memacu inovasi merentasi pelbagai sektor industri. Sebagai syarikat yang mengutamakan AI, FPT komited untuk meningkatkan kedudukan Vietnam di peta teknologi dunia serta menyediakan penyelesaian berasaskan AI bertaraf dunia kepada syarikat di seluruh dunia. Syarikat melaporkan jumlah hasil sebanyak US$2.66 bilion (Tahun Kewangan 2025) dan mempunyai tenaga kerja yang disokong AI dengan lebih daripada 37,000 jurutera.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://fptsoftware.com.

Pengumuman ini dianggap sah dan berkuat kuasa hanya dalam versi bahasa asal. Terjemahan disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, teks dalam bahasa asal hendaklah dirujuk kerana teks tersebut merupakan satu-satunya versi yang mempunyai kuasa undang-undang.

Galeri Tersedia Multimedia/Foto: https://www.businesswire.com/news/home/20261111910846/en

Maklumat Perhubungan

Hubungan Media
Mai Duong (Nn.)
FPT Corporation
Pengurus Perhubungan Awam FPT Software
MCP.PR@fpt.com

Sumber: FPT Corporation


Penulis : Adityawarman